Wednesday 19 October 2011



diriku, keluargaku jua....

Zulanizam Daud nama diberi,
Orangnya kacak segak sekali,
Kerjaya cikgu pilihan dihati,
Alhamdulillah dimakbul dan diberkati.

Taiping,Perak asalnya diri,
Merantau ke Sabah membawa hati,
Bukan merajuk bukan kecil hati,
Demi anak bangsa aku turuti.

SK Logongon sekolah pertama dijejaki,
Jauh nun di Nabawan membawa diri,
Hidup di pedalaman sangatlah bererti,
Calang-calang orang tak  sanggup hadapi.

Mula-mula terasa macam mimpi,
Tidak pernah terlintas berkhidmat di sini,
Takdir Ilahi tiada siapa boleh menandingi,
Alhamdulillah 3 tahun juga ku disini.

Bertukar angin ke pekan kecil daerah ini,
SRJK(C) Cheng Ming ,Keningau menjadi saksi,
Guru dan murid bangsa cina majoriti di sini,
Mula2 kekok lama- lama sebati.

Setelah 3 tahun di sekolah ini,
Berpindah lagi kerana  tanggungjawab diri,
Menjaga isteri yang sarat menanti hari,
Melahirkan zuriat penambah rezeki.

SK Poring-Poring, nama diberi,
Satu lagi sekolah pedalaman aku jejaki,
Memanjat bukit tinggi santapan pagi-pagi,
Dengan motosikalku yang membawa seribu erti.

Setelah 2 tahun lebih berkhidmat di sini,
Dapat arahan berpindah lagi,
Di sekolah pulau pula kali ini,
Makin mencabar tugas ku kini.

SK Pulau Gaya gah berdiri,
Di sinilah ku menabur bakti sepenuh hati,
Untuk anak bangsa putera puteri ,
Dari dulu hingga ke hari ini.

Nor Azean Zainal nama si isteri,
Orang paling di sayangi dan dicintai,
Walaupun kami hidup membawa diri,
Tapi masih gagah sehingga kini.

Setakat ini sudah 2 hero kami,
Seorang nama Muhd Irwan Hakimi,
Dan seorang  lagi Muhd Irfan Hafiy,
InsyaAllah lepas ini tambah lagi koleksi.

Hajat dihati teringin si puteri,
Harap-harap  menjadi realiti,
Baru la lengkap koleksi peribadi,
Hidup bahagia saling lengkap melengkapi.

Hobi memancing dah sebati dalam diri,
Pantang ada masa terluang  tak tunggu lagi,
Berjuang habis habisan kot –kot ada rezeki,
Kadang- kadang berhasil kadang-kadang  rugi.

Puan isteri dah  tak boleh meleteri,
Dia pun kadang- kadang ‘join’ sekaki,
Mana tahu kot2 dapat rezeki,
Ikan kerapu,siakap atau pari.

Sampai disini seloka ku ini,
Sekadar menghiburkan diri sendiri,
Salah silap harap diampuni,
Panjang umur berjumpa lagi.

Dihari permulaan kehidupan aku berkeluarga...

Friday 23 September 2011



Saat diijabkabulkan bersama isteri tercinta pada tarikh 18.11.2005